suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Karma itu ada buat apa nak melatah” - Niezam Zaidi tak layan kecaman netizen

PELAKON Niezam Zaidi bersyukur kerana masih menerima sokongan daripada peminat selepas melalui pelbagai kontroversi.

Menurut Niezam, 33, meskipun sedang melalui fasa penuh ujian, perkara itu tidak memberi kesan terhadap dirinya, terutama dalam urusan pekerjaan.

"Allah izinkan kekuatan itu ada, dipinjamkan. Jadi, itu yang membuatkan saya kuat dan sangat menghargainya dan bersyukur. Alhamdulillah. 

"Terima kasih kepada mereka yang sentiasa positif dan menyokong saya, tidak kira apa pun isu peribadi saya kerana kalian juga yang membuatkan saya lebih terdorong dan bermotivasi terus ke hadapan dan terus berkarya.

"Saya jujur cakap, sedikit pun tidak menjejaskan periuk nasi saya, nak cakap apa biarkan saja la mereka (netizen), saya tak akan balas apa-apa sebab one fine day, what goes around comes around, karma itu ada buat apa kita nak melatah," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi