suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Eda Ezrin masih kekok duet artis BBNU, El Riss dah anggap Den Manjo macam abang

GANDINGAN sulung bersama El Riss mendapat sambutan di TikTok, namun penyanyi Eda Ezrin mengakui masih lagi kekok untuk menyesuaikan diri berduet dengan pasangan baharunya itu. 

Eda atau nama sebenarnya Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail berkata, keadaan itu mungkin disebabkan mereka masih belum cukup mengenali keserasian masing-masing ketika menyanyi.

“Alhamdulilah tak sangka sambutan sangat okay gandingan saya dengan El Riss dan ramai pula orang guna lagu kami di TikTok.

“Walaupun okay tapi masih agak kekok lagi mungkin masih baru, jadi keserasian tu belum ada sangat… Aura bila berduet dengan El Riss ni lain sebab dia muda kan dan approve bila dia nyanyi lagu Kelantan,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, El Riss menegaskan dia tidak niat untuk merampas atau mengambil posisi Den Manjo selaku rakan duetnya Eda Ezrin.

“Saya tiada niat nak rampas takhta ke apa sebab saya anggap Den Manjo tu macam abang kerana dia pun sudah lama berada dalam industri berbanding saya jadi tidak benar perkara itu,” luahnya.

Dalam perkembangan lain, lagu duet Eda Ezrin dan El Riss berjudul Jange Curey Adek Saye kini mendapat perhatian ramai dan tular di media sosial.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi