suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecil hati nama tak tersenarai penyumbang zakat tertinggi di Selangor, Azril ambil keputusan salur ke negeri lain

KECEWA namanya tidak tersenarai sebagai antara penyumbang tertinggi oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi tahun lalu, usahawan Datuk Dr Azril Mohd Radzi mengambil keputusan untuk menyalurkan sumbangan ke negeri lain.

Menurut Azril, 40, isu berkenaan membuatkan dirinya berasa kecil hati meskipun sudah lama komited menunaikan tanggungjawab tersebut.

“Setiap tahun saya bayar zakat sekitar RM1 juta.

“Namun, jujur saya katakan, selepas isu dengan Zakat Selangor tempoh hari, saya mula beralih untuk menyumbang ke negeri lain pula.

“Ada juga rasa kecil hati, jadi saya ambil pendekatan untuk berkongsi rezeki dengan negeri-negeri lain,” katanya kepada mStar.

Pada September tahun lalu, Azril meluahkan rasa terkilan apabila namanya dilaporkan tercicir daripada senarai penyumbang zakat perniagaan tertinggi yang dikeluarkan LZS.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi