suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ibu selalu pantau dan call” - Tracie Sinidol tak mahu dikaitkan kontroversi, risau nama baik keluarga tercemar

PELAKON Tracie Sinidol mengakui dirinya sentiasa berhati-hati dalam menjaga nama dan reputasi diri lebih-lebih lagi hal berkaitan industri hiburan.

Tracie, 25,  berkata demi menjaga nama baik keluarga, dia tidak mahu terpalit sebarang kontroversi atau isu negatif yang boleh memberikan impak besar buatnya.

“Kalau tiada benda negatif, kita patut banggalah saya juga berharap pada masa akan datang tiada skandal atau berita tidak baik dikaitkan dengan saya.

“Saya sentiasa cuba menjaga reputasi dan nama sendiri kerana membawa nama keluarga bersama.

“Ibu saya selalu ajar supaya ambil apa yang baik dan biarkan sahaja perkara yang tidak elok, kami juga rapat dan selalu berkongsi cerita mengenai kehidupan masing-masing,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi