suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isu tapak kedai makan… Pemilik jawab hal sebenar, tidak halau Rahim Sepahtu berniaga

PEMILIK tapak Lorong Belakang Masa Depan, Faiz tampil memberikan penjelasan berhubung isu salah faham dan konflik membabitkan tapak meniaga buat pelawak Rahim Sepahtu yang sebelum ini mencetuskan perhatian ramai.

Menurut Faiz atau Faiz Syakhirin, 29, pertikaian tersebut berlaku berpunca daripada salah faham berhubung perjanjian penggunaan tapak perniagaan, khususnya melibatkan bayaran bagi tapak kedua.

Jelasnya, perjanjian awal antara mereka adalah untuk menyediakan satu tapak secara percuma kepada pelawak itu sebagai balasan kepada bantuan dari segi promosi dan pemasaran.

“Sebenarnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Abang Rahim ini lebih kepada salah faham daripada pihak saya pula, sudah tentu perlu ada penjelasan tentang apa yang sebenarnya berlaku, khususnya berhubung isu tapak perniagaan tersebut... Perjanjian awal kami adalah untuk memberikan satu tapak secara percuma kepada Abang Rahim, dengan syarat beliau membantu dari segi promosi dan pemasaran.

“Itu tidak bermaksud kami bersetuju untuk memberikan dua tapak secara percuma. Abang Rahim memang ada meminta satu lagi tapak. Dalam perbincangan secara lisan, beliau meminta supaya harga untuk tapak kedua dikurangkan, bukannya diberikan secara percuma seperti tapak pertama, selepas beberapa minggu, saya mula membangkitkan persoalan tentang tapak kedua, khususnya mengenai kaedah pembayaran yang perlu dibuat jadi situlah bermulanya salah faham antara kami.

"Kami telah membuat pengiraan kos dan mendapati bahawa kami tidak mampu untuk terus memberikan tapak kedua secara percuma. Sejak awal perbincangan mengenai tapak kedua, beliau juga telah bersetuju bahawa bayaran akan dikenakan. Mungkin apabila Abang Rahim melihat cara kami membincangkan soal bayaran, beliau merasakan seolah-olah kami cuba menipunya, mempermainkannya atau mengambil kesempatan terhadap dirinya. Namun perkara itu tidak benar," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi