suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zaki Yamani nasihat Osama lebih rajin buat ‘content’, gunakan Jamal Abdillah... “Babah muka masam pun buat je”

PENYANYI Zaki Yamani berharap abangnya, Osama Yamani, lebih rajin memanfaatkan peluang dengan menghasilkan lebih banyak kandungan digital bagi membina nama dalam bidang seni.

Menurut Zaki atau Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 20, dia sering menitipkan pesanan kepada Osama supaya tidak melepaskan peluang sekiranya berkesempatan menghasilkan kandungan bersama bapa mereka, penyanyi Datuk Jamal Abdillah.

Malah, Zaki menyifatkan Osama sebagai antara individu yang paling dia mahu lihat berjaya dalam kehidupan.

“Dia kena rajinlah sebab pesanan adik kepada abang kena rajin.

“Saya kata kat dia, kalau jumpa babah (Datuk Jamal Abdillah), buat je content. Babah buat muka masam pun buat sahaja.

“Tapi dalam banyak-banyak orang, dia antara yang saya nak lihat berjaya,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Zaki berkata dia tidak berniat menggunakan nama bapanya sebagai cara untuk meraih publisiti atau perhatian.

Sebaliknya, dia menganggap kandungan yang dihasilkan bersama Jamal sekadar hiburan dan dilakukan untuk berkongsi sisi santai kehidupan mereka sebagai sebuah keluarga.

Jelas Zaki, perkara itu juga sama seperti kandungan yang dihasilkannya bersama anak kepada Datuk Awie iaitu Merrah, apabila mereka menjadikan bapa masing-masing sebagai bahan parodi.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi