suria

Hampir 800 hari isteri pergi, lelaki ini tetap setia ziarah pusara... “Saya tak pernah jumpa perempuan macam dia”

HAMPIR 800 hari isteri tercinta pergi buat selama-lamanya, namun kerinduan seorang lelaki terhadap pasangannya tidak pernah surut.

Bagi Azreein Aziz, 50, pusara Allahyarham isterinya, Nor Hazamiah Lokman, ibarat ‘rumah kedua’ yang sering dikunjungi bagi melepaskan rindu terhadap insan tersayang.

Menurut Azreein, sepanjang melayari alam rumah tangga, arwah isterinya merupakan seorang wanita yang sangat ceria dan cukup berdedikasi terhadap keluarga.

Malah dia mengakui belum pernah bertemu wanita lain yang memiliki pengorbanan setulus arwah.

“Isteri saya seorang yang sangat ceria dan berdedikasi. Saya tak pernah jumpa perempuan seperti dia.

“Dedikasi dia terhadap suami memang sangat tinggi. Ibarat kalau saya perlukan jantung untuk terus hidup, dia sanggup beri jantung dia kepada saya.

“Sebab itu bila saya pergi ke kuburnya setiap hari, hati saya rasa puas. Memang tak nampak, tapi sejam di sana sambil bersembang dan mengaji untuk dia sudah buat saya rasa tenang,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Allahyarham Nor Hazamiah meninggal dunia pada 14 Mac 2024 akibat jangkitan kuman dalam darah selepas koma selama 55 hari di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

Azreein dan Allahyarham mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2001 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi