suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Allah dah suruh tutup aib kita”- Mamu XPDC nasihat jangan bangga buka cerita lama di media sosial

PENYANYI kumpulan XPDC, Mamu menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu terikat dengan kisah silam, sebaliknya menjadikan setiap pengalaman sebagai pengajaran untuk meneruskan kehidupan.

Menurut Mamu atau Zul Fazli, 51, berkata setiap individu perlu melangkah ke hadapan tanpa terus dibelenggu perkara yang telah berlalu.

Beliau juga turut meminta supaya menjaga aib diri sendiri dan orang lain seperti yang dituntut dalam ajaran Islam.

“Bagi saya, kita teruskan sahaja perjalanan hidup kena bergerak ke hadapan, kita tak boleh asyik duduk di belakang dan mengenang perkara yang sudah berlalu selama 24 jam.

“Memang ada perkara yang kita kenang, tetapi ambillah perkara yang positif daripada kenangan tersebut. Jangan terlalu fokus pada sudut negatif. Jadikan ia sebagai pengajaran dan teruskan kehidupan, soal aib ini memang sudah tertulis dalam ajaran Nabi dan juga oleh Allah disuruh menjaga aib sendiri dan aib orang lain.

Kita jadikan semua itu sebagai pengajaran dalam hidup malah kalau kita tengok kawan-kawan kita ada yang hampir tersasar ke jalan yang salah, boleh ceritakan pengalaman dan sejarah hidup kita sebagai pengajaran kepada mereka," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi