suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

M. Nasir kenang perjalanan seni hampir lima dekad, 3,000 karya bukti kecintaan terhadap muzik

ISTIMEWA dalam segmen Vodcast Kenot Brain kali ini, penyanyi dan maestro muzik Datuk M. Nasir berkongsi perjalanan seninya yang hampir mencecah lima dekad dalam industri muzik tanah air.

M. Nasir atau Mohamad Nasir Mohamed, 69, turut mendedahkan asal usul gelaran Sifu yang diberikan kepadanya, rupa-rupanya bermula daripada Datuk Hattan.

Malah, M. Nasir yang telah menghasilkan kira-kira 3,000 buah lagu mengakui dirinya seorang yang sentiasa bersemangat dan mempunyai keinginan tinggi untuk berkarya sehingga tidak boleh duduk diam.

Selain itu, beliau turut berkongsi pengalaman menjayakan Konsert Canggung M. Nasir yang diadakan di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 29 Julai 1994, sebagai antara konsert yang meninggalkan kesan mendalam dalam perjalanan seninya.

Dalam perkembangan lain, konsert Magnum Opus: M. Nasir Dekad Ke-5 bakal berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 5 Disember depan.

Konsert itu bakal menghimpunkan 30 lagu pilihan M. Nasir yang disifatkan antara karya terbaik sepanjang perjalanan seninya.

TONTON VIDEO PENUH PODCAST DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi