suria

Mahu hidup tenang, Prince Syed enggan panjangkan isu dengan keluarga mentua... Syukur rumah tangga makin bahagia

TINDAKAN usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed Shahid menarik semula laporan polis terhadap keluarga mentua adalah kerana enggan memanjangkan kemelut dan mengeruhkan lagi keadaan.

Menurut Syed atau Syed Muhammad Shah, keputusan itu dibuat kerana tidak mahu bermusuhan terlalu lama dengan keluarga mentua dan hidup lebih tenang.

“Walau macam mana sekali pun tetap keluarga, saya hanya menantu iaitu orang luar jadi untuk tidak panjangkan isu dan menjernihkan keadaan, lebih baik saya buat keputusan macam ni.

“Bohong kalau dalam keluarga tiada bergaduh atau selisih faham mesti akan ada jadi ambil apa yang berlaku sebagai pengajaran untuk jadi lebih baik.

“Alhamdulilah selepas saya tarik balik laporan tu kehidupan saya lebih tenang malah hubungan kami suami isteri juga makin rapat dan susah nak berjauhan tau!” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi