suria

Kongsi kisah isteri baharu basuh najis bapa mentua uzur, lelaki dikecam layan macam amah

NIAT seorang lelaki bernama Muhammad Shazwan Sa’ad untuk berkongsi perkara positif di media sosial telah disalah tafsir sehingga menerima pelbagai kecaman daripada netizen.

Semuanya bermula selepas satu hantaran yang dimuat naiknya di platform Threads menjadi perhatian ramai sehingga ada yang menuduh dia melayan isteri baharunya seperti orang gaji.

Menurut Shazwan, 33, perkongsian tersebut sebenarnya dibuat bagi menyampaikan mesej rezeki rumah tangga akan menjadi lebih luas sekiranya seorang isteri bersyukur dengan kehidupan yang disediakan oleh suami.

Namun katanya, perkara yang menjadi tumpuan netizen adalah mengenai kisah isterinya yang secara sukarela membantu membersihkan najis bapa mentua yang uzur.

"Sebenarnya yang menjadi perhatian pada hantaran saya tentang isu isteri bersihkan najis bapa saya. Sampaikan ada yang kata saya dapat orang gaji baharu.

"Saya tak pernah suruh dia uruskan bapa saya. Tapi bila dia buat dengan sendiri dan beritahu saya secara tiba-tiba, saya sangat hargai dan apa yang dia lakukan lebih daripada apa yang pernah dibuat oleh bekas isteri saya," katanya kepada mStar.

Bagaimanapun Shazwan berkata dia mengambil keputusan memadam hantaran berkenaan selepas berbincang dengan isterinya bagi mengelakkan salah faham berterusan dalam kalangan netizen.

Untuk rekod, Shazwan pernah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 namun perkahwinan itu berakhir dengan perceraian pada 9 Disember 2024.

Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

Shazwan kemudiannya kembali menemui jodoh dan mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada 31 Januari lalu.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi