suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dah nak kahwin, Ammar Nazhan enggan lagi terpalit kontroversi... Tak sangka content ‘live’ Piala Dunia jadi isu

PEMPENGARUH Ammar Nazhan menegaskan dia tidak berniat menyiarkan semula siaran langsung perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 tanpa kebenaran menerusi akaun TikTok miliknya.

Ammar atau Ammar Mohd Nazhan Noralyadi, 30, sebaliknya memberitahu dia hanya mahu menghasilkan kandungan video reaksi seperti dilakukan ramai personaliti media sosial luar negara.

Jelas Ammar, dia tidak menyedari tindakannya itu boleh mengundang salah faham sehingga ada yang mendakwa dia cuba menyiarkan semula rakaman perlawanan secara tidak sah.

"Sebenarnya saya lihat ramai content creator di luar negara banyak hasilkan video reaksi dan itu adalah niat asal saya.

"Orang kata saya tak serik sedangkan saya tidak ada langgar apa-apa undang-undang dan hanya tunjuk reaksi, tapi orang masih rasa apa saya buat itu salah.

"Lepas ini saya takkan buat siaran langsung bagi mana-mana perlawanan bola sepak lagi," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut mengenai kecaman yang diterima, Ammar berkata dia tidak mampu menghalang orang ramai daripada terus memberikan pandangan terhadap dirinya.

Malah, dia mengakui namanya sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi, namun menganggap setiap isu yang timbul sebagai ujian dalam kehidupan.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai tindakan Ammar melakukan siaran langsung di platform TikTok ketika berlangsungnya perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Susulan itu, ramai mempersoalkan sama ada tindakannya melanggar hak penyiaran rasmi, selain menggesa pempengaruh berkenaan lebih berhati-hati dalam menghasilkan kandungan pada masa akan datang.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi