suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adlin Aman Ramlie nasihat Jep dan Shuib berdamai, buang sikap kebudak-budakan

MELIHAT kemelut membabitkan pelawak Jep dan Shuib yang masih belum menemui titik noktah, pelakon Adlin Aman Ramlie berharap kedua-dua pihak dapat mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.

Menurut Adlin, 54, setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, namun konflik yang tercetus seharusnya dijadikan ruang untuk bermuhasabah dan memperbaiki diri masing-masing.

Katanya lagi, populariti juga boleh mempengaruhi pertimbangan seseorang sehingga mendorong mereka melakukan perkara yang tidak sewajarnya seperti sekarang ini.

“Saya berharap kemelut yang berlaku antara mereka, tak kiralah sama ada mereka berdua ataupun pihak-pihak lain yang terlibat, kita perbesarkanlah kebaikan. Manusia ini memang selalu melakukan kesilapan. Kadang-kadang kita memang perlukan big punch untuk menyedarkan kita, supaya kita wake up and aware tentang apa yang sedang kita lakukan.

“Saya berharap kedua-dua pihak dapat melihat bagaimana mereka boleh memperbaiki diri, sama ada dari segi kualiti mereka sebagai selebriti, sebagai manusia ataupun sebagai seorang Muslim.

“Cuma sikap kekampungan dalam berfikir itu perlu dibuang, saya bukan bercakap tentang orang kampung bukan itu maksud saya tapi maksudnya ialah pemikiran yang tidak begitu rasional, tidak terbuka, terlalu emosional dan kadang-kadang kebudak-budakan," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi