PELAKON Ruhainies mengalami kerugian yang dianggarkan mencecah jutaan ringgit selepas kehilangan beberapa tawaran kerja dan projek kerjasama susulan isu fitnah yang mengaitkan dirinya.Peguam yang mewakilinya iaitu Mohd Haizal Ayop daripada EzrilLaw Firm, berkata isu berkenaan bukan sahaja menjejaskan reputasi anak guamnya, malah memberi kesan kepada kerjaya, keluarga dan sumber pendapatannya. Menurut Mohd Haizal, beberapa syarikat yang sebelum ini bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dengan Ruhainies mengambil keputusan menangguhkan projek susulan isu berkenaan."Keadaan ini menjejaskan nama baik, keluarga, dan kerjaya Ruhainies. Beberapa syarikat yang sebelum ini bersetuju untuk berkolaborasi telah mengambil keputusan untuk menangguhkan projek kerana isu fitnah ini. "Ini secara tidak langsung menjejaskan punca pendapatan Ruhainies. Kesannya bukan sekadar pada bilangan perkongsian di media sosial tetapi turut melibatkan maruah keluarga dan punca rezeki. Kerugian tersebut berpunca daripada fitnah yang terkait dirinya. "Kita tidak boleh menunggu lagi dan perlu mengambil tindakan tegas," katanya kepada media. Mohd Haizal berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media bersama wakil peguam yang diadakan di Cili Kampung, Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada petang Selasa. Dalam pada itu, Ruhainies berkata beberapa projek kerjasama yang sepatutnya dijalankan bersama jenama tertentu terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan susulan isu berkenaan."Kerugian dari segi kerjaya dianggarkan mencecah jutaan ringgit kerana melibatkan banyak jenama dan projek kerjasama. "Ada yang dibatalkan dan ada yang ditangguhkan. Namun, fokus utama saya adalah kesihatan mental, bukannya wang ringgit semata-mata," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies tak berdiam diri, tiga individu bakal berdepan saman RM3 juta... Tuntut permohonan maaf secara terbuka!ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tidak akan berundur” - Ruhainies nekad buat laporan polis, mahu tuntut keadilanMengulas lanjut, pelakon itu berkata kesan paling besar yang terpaksa ditanggungnya ialah daripada segi kesihatan mental, memandangkan tekanan yang dialami turut menjejaskan urusan kerja dan kehidupan sehariannya."Kesan paling besar adalah terhadap mental. Apabila mental terganggu, urusan kerja dan kehidupan harian turut terjejas. "Ia bukan sahaja memberi kesan kepada saya tetapi juga kepada keluarga. Saya perlu menjaga perasaan ibu bapa," jelasnya. Pelakon drama Terjerat itu turut mengakui berasa tertekan dengan situasi yang dihadapinya, namun menegaskan bahawa kesabaran seseorang mempunyai batas."Mestilah saya rasa tertekan kerana saya hanya manusia biasa dan kesabaran ada hadnya. Ruhainies akui tertekan dengan isu yang berlaku. "Ibu bapa selalu bertanyakan mengapa saya tidak mengambil tindakan dari dahulu dan membiarkan maruah dipijak. "Saya jelaskan bahawa tindakan undang-undang memerlukan proses yang panjang. Apabila saya sudah bersedia, saya akan selesaikan isu ini sepenuhnya," katanya. Pada Selasa, Ruhainies memaklumkan sudah melantik dua peguam daripada dua firma guaman berbeza bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga individu yang didakwa menyebarkan fitnah membabitkan dirinya.Kesemua mereka dituntut untuk membuat permohonan maaf, akujanji untuk menarik atau memadam segala kenyataan fitnah, berhenti mengulangi tomahan dan menganggung kos guaman.Kegagalan berbuat sedemikian dalam tempoh tujuh hari, pihak Ruhainies bakal menuntut ganti rugi bernilai RM3 juta.