suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aisar Khaled didakwa seleweng duit pelaburan RM1.3 juta di Indonesia

Aisar dikatakan gagal memenuhi tanggungjawab dalam perjanjian.

PEMPENGARUH Aisar Khaled didakwa melakukan penipuan dan penyelewengan melibatkan wang berjumlah kira-kira RM1.3 juta. 

Satu laporan dibuat terhadap Aisar di Balai Polis Metro Jaya, Jakarta, Indonesia pada Isnin berhubung dakwaan berkenaan. 

Peguam yang mewakili pelapor dikenali sebagai Machi Achmad memberitahu laporan dibuat selepas pihak mereka gagal mendapat sebarang respons daripada Aisar setelah dihubungi beberapa kali. 

Aisar dikatakan gagal memberi sebarang maklum balas.

“Kami sudah menghantar surat tuntutan sebanyak tiga kali, tetapi tiada jawapan dan dia juga tidak memberikan maklumat mengenai keberadaannya,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi peguam, Michael Sugijanto berkata, pertikaian tersebut berpunca daripada perjanjian pelaburan antara Aisar dengan syarikat milik anak guam mereka. 

Berdasarkan perjanjian itu, Aisar perlu untuk melakukan kerja secara langsung atau hadir dalam beberapa acara sebagai sebahagian daripada penyelesaian tanggungjawabnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aisar Khaled mohon maaf isu tendang kerusi penumpang dalam pesawat 

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas dihalau, dimalukan… Aisar Khaled terima penghargaan daripada Senator Bali

Bagaimanapun, pihak agensi mendakwa sehingga kini kewajipan tersebut masih belum diselesaikan seperti yang dipersetujui.

Sugijanto berkata, pihaknya sebelum ini sudah berusaha menyelesaikan perkara tersebut secara baik.

Mereka juga dikatakan sudah menghubungi Aisar serta menghantar surat tuntutan, namun tidak menerima sebarang maklum balas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain