suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kepuasan miliki barang mewah cuma seketika, Zara Zya mula simpan emas untuk masa depan

Zara kini lebih bijak dalam mengurus kewangan.

PEMILIKAN barangan berjenama mewah bukan lagi keutamaan buat Zara Zya. Sebaliknya, aktres ini mengakui lebih selesa mengamalkan gaya hidup sederhana. 

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 41, berkata pada peringkat usia ini dia lebih mementingkan simpanan yang kukuh untuk masa depan.

Tambahnya, perkara tersebut tercetus selepas dia diuji dengan masalah kesihatan sehingga menyebabkan simpanannya semakin berkurangan.

Zara (tengah) tidak mahu terlalu mengikut pandangan orang ramai. 

“Bagi saya perkara ini bukan untuk selebriti sahaja, tetapi untuk semua orang. Bila kita senang, kita selalu seronok berbelanja tanpa fikir panjang. Itu juga yang berlaku pada saya dahulu. 

“Bila bergelar artis dan dapat bayaran sekaligus dalam jumlah yang banyak, kita mula rasa hendak beli beg tangan mewah, alat solek dan baju mahal.

“Sekarang ini saya beli baju di TikTok yang berharga RM10 sahaja. Bila orang tengok artis pakai baju sama, mereka akan pertikaikan seolah-olah kita tiada baju lain, jadi kita terpaksa beli baru. 

“Kalau beli baju berharga RM500 atau RM1,000, takkanlah kita hendak tukar setiap masa? Dari situlah saya mula berfikir untuk menyimpan berbanding berbelanja sesuka hati,” katanya kepada mStar ketika pembukaan kedai emas Cindai Gold Palace. 

Mengulas mengenai penampilan luaran yang serba sederhana, Zara menegaskan kepuasan memiliki barangan mewah hanyalah bersifat sementara.

ARTIKEL BERKAITAN: Zara Zya tidak ‘berkira‘ dengan penaja... Namun pihak produksi perlu telus ketika penggambaran 

ARTIKEL BERKAITAN: Ajak pergi karaoke dan suruh buka baju, Zara Zya kongsi pengalaman hitam dunia hiburan… Rakan artis ambil kesempatan

“Sekarang memang saya berfikiran begitu. Kalau dahulu sibuk hendak beli beg berjenama mewah dari hujung rambut ke hujung kaki, padahal semua itu tidak mendatangkan sebarang faedah melainkan keseronokan sementara sahaja. 

“Akhirnya bil tetap kita yang kena bayar dan beg-beg itu pun bukan senang hendak dijual semula.

“Tetapi kalau kita simpan emas atau melabur, duit itu akan berkembang dan boleh dikeluarkan bila-bila masa.Itulah yang sebenarnya akan membuatkan kita tersenyum pada masa hadapan,” jelasnya.

Berkongsi titik tolak yang membuka matanya, Zara mendedahkan insiden jatuh sakit sehingga terpaksa berehat panjang daripada penggambaran benar-benar memberi tamparan hebat buatnya. 

Sekarang ini saya beli baju di TikTok yang berharga RM10 sahaja

ZARA ZYA 

PELAKON 

“Kesedaran ini timbul bila saya mula jatuh sakit. Sebelum ini kita memang seronok berbelanja. Bila sudah sakit, saya sangat bersyukur masih mempunyai perlindungan insurans. 

“Dulu saya pernah ada tiga polisi insurans dengan bayaran ribuan ringgit sebulan, tetapi saya kurangkan kepada satu sahaja sebab rasa macam tidak digunakan.

“Bila jatuh sakit dan mahukan rawatan di hospital yang selesa, saya terkejut melihat bil rawatan mencecah ratusan ribu ringgit. Mujurlah insurans yang ada masih mampu menampungnya,” ujarnya. 

Zara sedar perlu lebih jimat berbelanja. 

Dalam pada itu, Zara memberitahu dia kini mula berjinak-jinak mendalami pelaburan emas selain Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebagai langkah persediaan.

“Menyimpan emas ini menyeronokkan dan membuatkan kita rasa sentiasa bersemangat untuk menambah simpanan.

“Apatah lagi bila pernah berada dalam fasa sakit yang sangat membimbangkan, ia benar-benar menyedarkan saya tentang pentingnya simpanan demi kelangsungan hidup pada masa hadapan.

“Hakikatnya tiada siapa yang akan tolong kita melainkan diri sendiri, jadi tidak kira tua atau muda, kita memang wajib menyimpan," tambahnya.

Artikel Lain