suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua konsert Siti 2026 pecah rekod Asia, diiktiraf kehadiran penonton terbesar

Siti (kanan) bersama Tan Sri Prof Dr Abdul Latiff Abu Bakar semasa penyerahan plak pengiktirafan.

PENGANJURAN dua konsert penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya mendapat pengiktirafan ASEAN Records dan Asia Records.

Menerusi Konsert Tradisional Gema Bumantara, acara itu diiktiraf sebagai Konsert Solo Tradisional Terbesar dengan Kehadiran Paling Ramai oleh Penyanyi Wanita. 

Konsert tersebut mencatatkan 73,000 kehadiran penonton dan Siti menyanyikan 34 buah lagu dalam durasi 3 jam 30 minit. 

Konsert Tradisional Gema Bumantara catat lebih 70,000 penonton.

Konsert Tradisional Gema Bumantara berlangsung di Stadium TM Nasional, Bukit Jalil pada 17 Oktober. 

Sementara itu, Siti turut mendapat pengiktirafan Penonton Paling Ramai untuk Dua Konsert Solo oleh Artis Rakaman Berbahasa Melayu. 

Pengiktirafan tersebut diberikan sempena kehadiran jumlah penonton Konsert Tradisional Gema Bumantara dan Konsert 30 Legacy yang juga berlangsung di lokasi sama pada 10 Januari lalu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza dedah keadaan terkini selepas terjatuh, lebam wajah masih belum hilang

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen kagum alunan merdu Negaraku di MotoGP, Siti akui pengalaman bermakna

Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza berjaya mencatat kehadiran  65,000 orang penonton.

Peanugerahan itu diberikan sempena majlis Malam Apresiasi bagi dua konsert berkenaan yang berlangsung di Pusat Konvensyen KLGCC, Kuala Lumpur pada Ahad.

Siti menerima plak pengiktirafan yang disampaikan oleh Penasihat Records Asia dan Asean, Tan Sri Prof Dr Abdul Latiff Abu Bakar.

Artikel Lain