KEMUNCULAN Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di acara Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mencuri tumpuan ramai.Lebih bermakna lagi apabila Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 47, diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu Negaraku secara langsung pada acara berkenaan. Berkongsi penghargaan atas peluang tersebut, Siti turut menganggap ia merupakan satu pengalaman berharga buatnya.Siti juga mengucapkan penghargaan atas kesempatan menyanyikan lagu Negaraku. "Terima kasih memberi kepercayaan kepada saya. Pengalaman yang sangat bermakna buat saya," ujarnya ringkas.Diiringi muzik orkestra, persembahan tersebut mendapat pujian ramai yang pastinya meluahkan rasa kagum serta bangga melihat Siti menyanyikan lagu kebangsaan dalam sebuah acara bertaraf antarabangsa.ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza dedah keadaan terkini selepas terjatuh, lebam wajah masih belum hilang ARTIKEL BERKAITAN: 70,000 peminat Siti ‘restui‘ Konsert Tradisional Gema Bumantara dalam hujan"Mahukan Datuk Siti nyanyi audio Negaraku."Siti mungkin kena rekod Negaraku versinya sendiri, sedap dan meremang dengar."Lagu Negaraku pun dah macam konsert," komen netizen.Momen bersejarah tersebut turut disaksikan barisan pelumba elit antarabangsa, orang kenamaan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.