BEKAS isteri penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Amrul Anuar pada pagi Ahad.Pada majlis tersebut, Amrul menyerahkan mas kahwin berupa satu dinar emas kepada Dr Afifah yang mesra disapa Dr Fie.Majlis pernikahan Dr Fie turut dihadiri bapanya serta tiga orang anak hasil perkahwinan terdahulu. Berita gembira itu dikongsikan rakan baiknya, penyanyi Lufya Omar menerusi satu hantaran video di Instagram.Menerusi rakaman itu, pasangan tersebut dilihat sedondon mengenakan busana berwarna putih.Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut dikongsikan mengenai majlis pernikahan tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Janda Nubhan kini tunang duda anak empat... “Bukan nak tunjuk pada bekas suami”ARTIKEL BERKAITAN: Prosiding komital Nubhan terhadap bekas isteri ditangguh, perbicaraan tak boleh diteruskanDifahamkan, ia berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat.Turut mencuri perhatian, tiga anak Dr Fie hasil perkahwinan bersama Nubhan juga dilihat hadir pada majlis berkenaan.Majlis pernikahan Dr Fie berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat.Pada 2 Ogos lalu, Dr Fie mengesahkan dia sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan yang dikenalinya menerusi Lufya.Untuk rekod, Dr Fie dan Nubhan mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015 sebelum disahkan bercerai talak dua pada 2 Disember 2025.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3.