suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Jangan lukakan hati adik” - Osama minta hormati Zaki Yamani, henti buat perbandingan

Osama (kiri) yakin dia dan Zaki ada cara tersendiri ketika menyanyi.

PENYANYI Osama Yamani meluahkan rasa kurang senang apabila cara nyanyiannya dibandingkan dengan adiknya, Zaki Yamani.

Kata Osama, 25, kata-kata kurang manis yang dilemparkan netizen boleh menimbulkan salah faham, selain mengguris hati adiknya.

"Masing-masing ada kelebihan dan cara penyampaian sendiri. Tidak perlu berkata begitu. Adik saya pun mempunyai hati dan perasaan.

"Jangan disebabkan perkataan sebegitu dapat melukakan hati adik, termasuk saya sebagai abangnya. Cubit paha kiri, paha kanan terasa," katanya kepada mStar.

Komen balas Osama di TikTok. 

Osama mengulas perkara tersebut selepas seorang pengguna media sosial memuji cara nyanyiannya yang dilihat tidak ubah seperti bapa mereka iaitu Datuk Jamal Abdillah.

Bagaimanapun, komen tersebut menyebut Zaki seakan-akan cuba untuk meniru gaya nyanyian Jamal.

ARTIKEL BERKAITAN: Osama Yamani akui sukar masih dibayangi Jamal Abdillah, enggan putus asa... “Aku ada barang“ 

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan dengan Osama baik, Zaki Yamani anggap isu salah faham sudah selesai

Osama dalam masa sama meminta agar orang ramai tidak terus menyalahkan Zaki, lebih-lebih lagi apabila pihak penganjur sendiri meminta untuk menyampaikan lagu popular bapa mereka.

"Saya faham sebahagian netizen bukanlah ada ilmu mendalam dari segi muzik. Mungkin nampak Zaki kadangkala agak susah menyanyikan sesebuah lagu ayah, mungkin kerana lagu ayah memang tinggi.

Osama kurang gemar cara nyanyiannya dibandingkan dengan Zaki. 

"Jangan salahkan Zaki, dia pun menurut kehendak penganjur.

"Jadi, teruskan menyokong dan cakap yang baik-baik sahaja. Mendoakan lebih baik daripada menghina," ujarnya.

Artikel Lain