suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perpustakaan di China jadi tumpuan, bertukar fungsi sebagai ‘pejabat’ buat penganggur terkesan fenomena pembuangan kerja

Fenomena menjadikan perpustakaan sebagai 'pejanat sementar' dalam kalangan penganggur di China mula mendapat perhatian sejak 2023. -Agensi

SAMA seperti di bandar-bandar utama di seluruh dunia, bandar utama di China turut berdepan dengan pasaran kerja yang mencabar ketika ini diakibatkan oleh perang dagang serta konflik perang yang tercetus di Timur Tengah.

Bagaimanapun, situasi tersebut telah mewujudkan satu fenomena sosial yang cukup unik di negara itu.

Ia apabila ribuan individu yang kehilangan pekerjaan di China memilih untuk 'berpura-pura keluar bekerja' setiap hari demi menyembunyikan status pengangguran mereka daripada pengetahuan keluarga.

Untuk memastikan lakonan ini dipercayai sepenuhnya, golongan pengganggur dari bandar metropolitan seperti Beijing, Shanghai, Guangzhou, dan Shenzhen akan keluar dari rumah seawal pagi dengan pakaian pejabat yang rapi.

Apa yang menariknya, mereka menjadikan perpustakaan awam sebagai 'pejabat sementara' untuk menghabiskan masa seharian sambil mencari peluang kerjaya baharu. 

Fenomena ini mula mendapat perhatian sejak 2023 apabila pasaran tenaga kerja di China berdepan tekanan hebat, disusuli peningkatan kadar pengangguran dalam kalangan anak muda.

Sebab perpustakaan jadi pilihan

Kemudahan awam seperti perpustakaan menjadi lokasi tumpuan kerana ia menawarkan pelbagai fasiliti percuma yang amat lengkap, termasuklah penghawa dingin, talian Wi-Fi pantas, dan sokongan palam kuasa untuk komputer pekena (laptop) mereka.

Selari dengan kempen kerajaan tempatan yang menaik taraf ruang awam menjadi 'ruang tamu untuk semua', rata-rata perpustakaan moden di China turut menyediakan kantin dengan makanan pada harga murah, ruang belajar yang senyap, serta sudut bacaan yang selesa.

Kombinasi suasana yang kondusif, penjimatan kos harian, dan kemudahan asas serba lengkap ini membolehkan para penganggur mengekalkan disiplin rutin harian seolah-olah masih bekerja tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar.

Permulaan perpustakaan di China jadi tempat perlindungan golongan rentan 

Perpustakaan awam di China kebanyakannya dibina selepas 1978, iaitu ketika penyelidikan saintifik menjadi keutamaan utama di tengah-tengah reformasi pasaran ekonomi negara tersebut.

Namun perubahan mula terjadi pada 2011 apabila Kementerian Kebudayaan menetapkan akses masuk ke muzium dan perpustakaan awam di peringkat kebangsaan atau wilayah mestilah percuma.

Bagaimanapun, bayaran hanya boleh dikenakan bagi perkhidmatan khusus seperti carian bahan rujukan atau penggunaan komputer.

Perubahan lebih besar berlaku apabila Undang-Undang Perpustakaan Awam Kebangsaan yang baharu digubal. 

Undang-undang ini menetapkan pelbagai perkhidmatan asas wajib disediakan secara percuma untuk seluruh rakyat, termasuklah perkhidmatan pertanyaan dan peminjaman buku, bilik bacaan awam, serta akses kepada ceramah, latihan, dan promosi literasi.

Bertitik tolak daripada pelaksanaan undang-undang tersebut, peranan perpustakaan awam terus diperluaskan untuk berkhidmat kepada golongan yang memerlukan. 

Antara contoh terawal adalah pada 2016 apabila Perpustakaan Awam Hangzhou di wilayah Zhejiang secara terbuka mengalu-alukan golongan gelandangan untuk menggunakan perkhidmatan mereka. -Agensi

Artikel Lain