suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chiwan rindu nak buat lawak tapi belum bersedia bertanding, fokus pada penyampai radio dulu

PELAWAK dan penyampai radio Suria, Chiwan mengakui masih merindui dunia komedi, namun belum bersedia untuk kembali aktif menyertai pertandingan seperti yang dilakukannya sebelum ini.

Menurut Chiwan atau Muhammad Azwan Sabri, 40, peluang untuk pelawak membuat persembahan di pentas besar semakin terhad menyebabkan dia kini lebih selesa memberi tumpuan kepada kerjaya sebagai penyampai radio dan pengacara majlis.

Katanya, meskipun masih lagi mempunyai minat terhadap bidang komedi, namun  tidak mahu terlalu memaksa diri untuk kembali aktif semula.

"Sebagai seorang comedian, mestilah kita nak melawak juga sekali-sekala. Itu perkara biasa. Cuma, kalau nak bercakap tentang persembahan di pentas besar, sekarang memang tak banyak. Jadi, saya fokus kepada radio dahulu.

"Mestilah rindu, siapa yang tak rindu dunia komedi tu kan? cuma sekarang ini saya lebih selesa dengan keadaan semasa kalau nak aktif melawak balik mungkin risau juga kering idea, asyik guna lawak yang sama jadi peminat pun akan perasaan nanti sebab sama cuma tukar sikit-sikit saja.

"Saya memang rindu melawak, tetapi nasib baik radio Suria ada menyediakan platform untuk kami membuat sketsa komedi di pentas yang besar. Itu pun dah cukup untuk mengubat kerinduan saya sebagai pelawak," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi