suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dibenci kerana watak, Ammar Alfian anggap lakonan berkesan... Belum pernah kena maki depan-depan

GARA-GARA sering melakonkan watak ganas dan antagonis, tak fasal-fasal pelakon Ammar Alfian dilabel jahat disebabkan lakonannya itu.

Dalam hal ini, Ammar atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 39, berkata dia sudah lali dengan kecaman dan kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya.

Ammar bagaimanapun berkata sehingga kini belum ada lagi individu yang bersemuka meluahkan kemarahan kerana watak lakonannya itu.

"Sepanjang 20 tahun saya dalam industri ini, belum ada lagi orang datang depan saya, maki atau hina saya, tak tahulah sama ada mereka tak berani atau macam mana.

"Saya husnuzon, bersangka baik mungkin orang menerima watak yang saya bawa dan mereka suka watak itu. Sebab itulah mereka benci atau bercakap bukan-bukan tentang watak tu. Maknanya, lakonan saya berkesanlah... Media sosial ini bukan baru wujud setahun dua jadi kita nak memang tak boleh nak tutup mulut orang.

"Apa yang kita boleh buat ialah pekakkan telinga, buat hal kita sendiri dan ingat siapa yang benar-benar mengenali kita. Orang yang rapat dengan kita pun tahu siapa kita dan macam mana perangai kita sebenarnya," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi