suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Gaduh isu ini kecil sangat”... Niat Zaki Yamani mahu berjaya bersama abang, tunjuk bukti dah hubungi Osama

PENYANYI Zaki Yamani menafikan hubungannya dengan abang iaitu Osama Yamani berada dalam keadaan tegang susulan kenyataan yang dimuat naik olehnya sebelum ini.

Zaki atau nama sebenarnya Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 20, berkata hubungannya dengan abang baik-baik sahaja dan mereka tidak mempunyai sebarang isu berbangkit.

“Saya dengan abang saya relaks. Kami malas nak gaduh sebab masing-masing dah besar. Masing-masing dah ada impian dan kerjaya yang hendak dikejar. Ada misi dan visi sendiri.

“Saya rasa kalau gaduh setakat benda ini pun kecil sangat. Melainkan kalau betul-betul melibatkan masalah keluarga, mungkin lain ceritanya. Tapi benda ini tak adalah sampai nak gaduh,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan abangnya di platform Threads, Zaki berpendapat mungkin berlaku disebabkan salah faham ketika itu.

“Rasanya abang saya salah faham pada awalnya sebab saya dah tengok kenyataan dia di Threads. Saya pilih untuk diam sebab masa itu saya tengah shooting, jadi, saya tak ada masa nak fikir sangat tentang perkara itu,” luahnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi