suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-kanak OKU pendengaran berbakat besar, hebat pernah buat persembahan di pentas GV

MEMBESARKAN anak istimewa bukannya mudah dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

Di sebalik kesabaran itu, ada iringan doa dan harapan ibu bapa untuk melihat anaknya sembuh dan menjadi seperti kanak-kanak lain.

Menurut ibunya, Siti Nazratul Ain, 43, meskipun berat ujian dilalui, namun dia percaya anak keduanya iaitu Kayle Fahrel mampu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.

“Kadang-kadang saya pernah rasa macam susah sangat nak pakaikan alat pendengaran untuk anak waktu kecil dan memang agak tertekan juga sampai pernah rasa  macam nak berhenti kerja sebab nak fokus jaga.

“Waktu tu Kyle Fahrel baru berusia enam bulan dan kakaknya setahun jadi memang agak sedih la kerana tidak tahu nak fokus kepada siapa ketika itu sebab semuanya masih kecil dan perlukan perhatian kami.

”Saya dan suami takut terabai kepada kakaknya pula kalau berikan fokus lebih kepada Fahrel, memang agak susah dan hampir setiap hari mesti akan menangis,” katanya kepada mStar.

Untuk segmen mStar Baek musim keempat ini, mStar bersama KPJ Healthcare menziarahi kanak-kanak berusia sembilan tahun ini untuk bertanya khabar dan menghulurkan sumbangan.

KPJ Healthcare diwakili Pegawai Perubatan Hospital Pakar KPJ iaitu Dr Hazrina Azalan untuk melihat sendiri keadaan terkini kanak-kanak itu.

Selain sumbangan wang tunai RM3,000, Kyle Fahrel juga diberikan kad rawatan bagi melayakkannya dan keluarga mendapatkan rawatan percuma di mana-mana Klinik Waqaf An Nur di seluruh Malaysia. 

Program mStar Baek Jalinan Kasih Prihatin ini bersiaran di semua platform mStar setiap hari Jumaat.

TONTON VIDEO PENUH MSTAR BAEK X KPJ INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi