suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pening Aliff Syukri asyik merentan! Shahida layankan permintaan suami, belikan nombot plat ALF1... “Dah bagi baru senyap”

USAHAWAN Datin Seri Nur Shahida mengambil keputusan membeli nombor pendaftaran kenderaan ALF 1 selepas suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri, sering menyuarakan hasrat untuk memiliki nombor plat tersebut.

Menurut Shahida atau Nur Shahida Mohd Rashid, 41, dia sudah penat mendengar suaminya berulang kali memikirkan perkara sama sehingga akhirnya mengambil inisiatif membeli nombor berkenaan sebagai hadiah buat Aliff.

"Nombor plat itu dia (Aliff) sudah lama inginkan, tetapi sekejap nak beli, sekejap tidak.

"Namun, apabila berulang kali mengulang perkara sama, akhirnya saya buat keputusan biarlah saya sahaja yang beli," katanya kepada mStar.

Berkongsi mengenai pemilihan nombor pendaftaran ALF 1, Shahida berkata ia dipilih sebagai simbolik kepada nama suaminya.

Tambahnya, nombor pendaftaran tersebut bukan sahaja mempunyai nilai sentimental, malah boleh dianggap sebagai satu pelaburan kerana nilainya berpotensi meningkat pada masa akan datang.

"ALF 1 itu sebab Aliff. Sebelum ini kami sudah ada nombor ADH 1 dan PMD 1.

"Harganya memang mencecah enam angka kerana nombor plat satu digit seperti nombor 1 ini memang mahal.

"Bagaimanapun, nilai pasarannya boleh meningkat dan nombor ini juga boleh digunakan sehingga ke anak cucu," ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi