suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Tak pernah gaduh, AR Badul akui tiada ‘chemistry’ kerja dengan Adlin Aman Ramlie - “Frekuensi kami tidak sampai”

TIDAK pernah dilihat bergandingan dalam mana-mana karya, pelawak dan pelakon veteran, AR Badul mengakui dirinya tidak mempunyai chemistry atau keserasian untuk bekerja bersama adiknya, Adlin Aman Ramlie.

AR Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 78, berkata meskipun mereka tidak pernah berselisih faham atau bermasam muka, namun keserasian untuk bergandingan dalam satu karya tetap tidak dirasainya.

Menurut Badul, dia sendiri tidak mengetahui punca sebenar keadaan itu, namun dapat merasakan seolah-olah kesefahaman mereka tidak sehaluan apabila melibatkan soal kerja.

AR Badul ulas mengenai hubungannya dengan adik beradik.

"Memang tak ada chemistry. Rasa panas saja, tak tahulah kenapa. Tapi kami tak pernah bergaduh atau bertengkar.

"Instinct saya dapat rasa frekuensi kami tak sampai. Macam ada telefon tetapi panggilan tak dapat disambungkan.

"Saya dengan arwah Amran boleh masuk (bergandingan) sebab kami satu aliran. Tapi dengan Adlin, saya rasa tak boleh jalan," katanya ketika ditemui semasa program Tribute Penghargaan Tokoh Veteran Negara sempena Festival Filem Malaysia Ke-35 yang diadakan di Hulu Kelang.

ARTIKEL BERKAITAN: Finas pertimbang dana khas drama bersiri artis veteran, Hans Isaac sedia bawa cadangan AR Badul

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas setahun anak meninggal tertembak, AR Badul mahu tuntut hak - “Bukan nak bolot harta arwah tapi hak saya... anak-anak sendiri tak mengaku saya bapa”

Mengulas mengenai kebolehan adiknya itu, AR Badul berpendapat Adlin lebih menyerlah dalam bidang pengacaraan dan sebagai juri berbanding pelawak.

Katanya, Adlin mempunyai kebolehan bercakap dengan baik, khususnya apabila membincangkan perkara berkaitan filem.

"Pada saya, dia bukan pelawak seperti Amran. Adlin lebih kepada pensyarah. Dia bercakap memang bagus, jadi juri pun bagus. Kalau bercakap tentang filem, dia boleh.

"Melawak itu dia boleh juga, mungkin kalau ada peluang orang boleh ambil dia untuk bawa watak pelawak. Kita tengok bagaimana jadinya," ujarnya.

Cuma kita ni pasal mak berlainan, rasa macam 'spesis' berlainan sikitlah.

AR BADUL

PELAKON/PELAWAK

Dalam pada itu, AR Badul menjelaskan hubungan dia bersama adik-beradik lain daripada keluarga seniman Allahyarham Tan Sri AR Tompel masih baik dan mereka tidak pernah bermusuhan.

Malah, katanya, mereka pernah mengadakan pertemuan keluarga setiap tahun menerusi majlis tahlil atau kenduri, namun tradisi itu semakin jarang dilakukan sejak kebelakangan ini.

"Kita orang okey, tak ada gaduh-gaduh. Boleh berkumpul. Dulu setiap tahun kita buat tahlil atau kenduri, tapi akhir-akhir ini dah kurang sikitlah. 

AR Badul dan Adlin tak pernah bergaduh.

"Saya sebenarnya dengan adik-beradik tak pernah gaduh. Cuma kita ni pasal mak berlainan, rasa macam 'spesis' berlainan sikitlah (berseloroh)," kongisnya.

Sekadar info, AR Badul dan Adlin Aman Ramlie, 54, merupakan adik beradik seayah iaitu Allahyraham AR Tompel namun berbeza ibu. 

AR Badul merupakan anak hasil perkahwinan Allahyraham AR Tompel bersama Allahyraham P. Suriati manakala Adlin pula cahaya mata bersama Ruminah Sidek.

Artikel Lain