PERASAAN gembira menyambut perkahwinan anak bertukar sebak buat penyanyi Linda Rafar apabila mengenangkan Allahyarham cahaya mata sulungnya, Rezaimen Keiflin yang tiada di sisi untuk meraikan hari bahagia itu.Linda atau Azlinda Abdul Rafar, 48, berkata anak keduanya, Rezaril Keiflin, 26, bakal mendirikan rumah tangga dalam tempoh tiga hari lagi, sekali gus membuatkan kerinduan terhadap arwah semakin terasa. Menerusi perkongsian menyentuh hati, Linda meluahkan perasaan rindu terhadap Rezaimen atau lebih mesra disapa Memen, selain membayangkan kegembiraan arwah sekiranya dapat menyaksikan adiknya naik pelamin."Memen, mama nak beritahu sesuatu ini. Aril (panggilan Rezaril) dah nak kahwin lagi tiga hari. Linda hiba mengenangkan perkahwinan Aril tanpa kehadiran Memen."Mama sangat gembira, kalau Memen ada mesti gembira juga dapat tengok bestfriend awak naik pelamin kan? "Mama tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan mama sekarang. Terlalu banyak yang bercampur dalam hati. Ada rasa bahagia, ada rasa sebak, ada rasa rindu yang tak pernah hilang," katanya.Linda berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. Dalam pada itu, Linda mengakui ketiadaan Rezaimen membuatkan sambutan perkahwinan itu terasa kurang lengkap, apatah lagi arwah pasti turut sibuk bersama adik-beradiknya yang lain.ARTIKEL BERKAITAN: [V] 26 tahun tak pernah berenggang, Linda Rafar sebak anak sulung luah hasrat berumah tanggaARTIKEL BERKAITAN: [V] Linda Rafar tak menang tangan... Bahagi masa antara latihan konsert Elite dan persiapan kahwin anak"Kalaulah Meman ada, mesti lagi lengkap semuanya. Mesti Memen pun sibuk sama-sama dengan Aril, bergurau dan meraikan hari bahagia dengan adik-adik yang lain."Mama dah cuba kuat, mama cuba senyum dan teruskan semuanya walaupun ada satu ruang dalam hati mama yang tak akan pernah terisi. "Doa mama dari sana, sayang. Semoga Allah permudahkan segala urusan perkahwinan Aril, lindungi anak-anak mama dan berikan mama kekuatan untuk melalui setiap detik ini. Mama rindu Memen, terlalu rindu," ujarnya. Linda (kiri) bakal menyambut menantu pertama.Untuk rekod, Rezaimen dan Rezaril merupakan anak hasil perkahwinan pertama Linda bersama bekas suaminya, Keifli Othman pada 1999 sebelum mereka bercerai pada 2004.Rezaimen meninggal dunia pada 5 Julai 2014 akibat kanser perut.Linda kemudiannya berkahwin dengan pelakon Syed Aiman pada 2 Disember 2006.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki iaitu Syed Rezaqiib, 18, Syed Rezariiq, 15, dan Syed Rezaliif, 10 tahun.