suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angkat isu hamil luar nikah dalam ‘Dua Nyawa’, Kodi Rasheed terkejut realiti sebenar lebih teruk

MENGANGKAT isu sensitif berkaitan kehamilan luar nikah dalam drama Dua Nyawa menjadi antara faktor yang menarik minat pelakon Kodi Rasheed untuk terlibat dalam pembikinan karya berkenaan.

Menurut Kodi atau Muhammad Shazmeer Mohd Rasheed, 36, naskhah tersebut bukan bertujuan menggalakkan perbuatan tidak bermoral, sebaliknya mengetengahkan mesej pengajaran mengenai kesan dan tanggungjawab yang perlu ditanggung sekiranya pasangan terlanjur sehingga menyebabkan kehamilan, lebih-lebih lagi dalam kalangan remaja bawah umur.

Jelas Kodi, jalan cerita yang dipaparkan juga hanya menggambarkan sebahagian kecil daripada realiti sebenar yang berlaku dalam masyarakat.

"Statistik mengandung tanpa berkahwin dalam setahun memang gila-gila, lebih-lebih lagi melibatkan golongan bawah umur.

"Drama ini bukan nak menggalakkan, tetapi nak beri pengajaran. Kalau terlanjur, drama ini tunjukkan akibat yang mereka perlu lalui.

"Apa yang ditunjukkan pun hanya 40 peratus sahaja daripada realiti sebenar," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi