suria

Abang Viva dakwa bekas isteri curang, Evanoza pula dedah bekas suami seleweng duit sumbangan

BEKAS isteri aktivis terkenal Abang Viva iaitu Evanoza tampil menjelaskan tuduhan dan dakwaan mengenai kononnya dia pernah berlaku curang sewaktu masih bergelar isteri. 

Menurut Eva, 42, tuduhan yang dilemparkan itu adalah tidak benar malah menjelaskan dakwaan yang dilakukan Abang Viva itu adalah bersifat cemburu. 

“Sebenarnya saya okay saja dengan Abang Viva ini. Kami sempat buat perniagaan meskipun selepas bercerai, tapi isu jadi lebih besar apabila saya tolak cinta Abang Viva pada 18 November lalu di sebuah kedai makan.

“Saya tidak datang berjumpa dengan dia (Abang Viva) ketika itu jadi dia marah. Apabila dapat tahu saya berkawan dengan salah seorang macam musuh dia, kemudian terus dedahkan semua perkara di media sosial.

“Tuduhan saya berlaku curang dan pernah berzina bulan puasa itu tidak benar, saya pun tak tahu mana datangnya perkara itu,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi