suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jebat Zulfar berkorban demi Cad, sanggup dua hari tak makan... “Hampir nak pitam tapi dah biasa”

PELAKON Jebat Zulfar sanggup menahan lapar dan dahaga selama dua hari semata-mata mahu mendapatkan bentuk badan yang sesuai untuk menjayakan babak aksi dalam drama bersiri Kudrat 1968: High Council.

Jebat berkata, dia tidak makan dan minum sepanjang tempoh tersebut sebagai sebahagian daripada persediaan untuk menjayakan babak yang memerlukan dirinya tampil tidak berbaju.

Menurut Jebat, dia hanya mengambil sedikit pisang dan air kosong sebelum menjalani rakaman babak berkenaan bagi memastikan tubuhnya mempunyai tenaga untuk beraksi.

"Badan saya dalam Kudrat 1968, dua hari saya tak makan dan minum sebab diet.

"Sebab itu badan saya ada bentuk bila buat babak tak berbaju. Air setitik pun saya tak sentuh.

"Masa di set, sebelum babak berlawan barulah saya makan pisang dengan minum air kosong. Hampir nak pitam tetapi saya dah biasa," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Jebat yang mempunyai asas ilmu silat sejak kecil menganggap babak aksi dalam siri berkenaan bukan sesuatu yang terlalu sukar buat dirinya.

Katanya, pengalaman dalam seni mempertahankan diri sejak kecil banyak membantunya untuk melakukan pergerakan aksi dengan lebih yakin selain memastikan setiap babak kelihatan menyakinkan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi