suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Boss James tak mahu terlalu ‘gelojoh’, pilih sembunyikan kisah cinta selepas ini

PERSONALITI media sosial Boss James meminta supaya orang ramai tidak lagi mengaitkan dirinya dengan mana-mana pihak atau membangkitkan semula isu lama yang pernah berlaku sebelum ini.

Boss James atau nama sebenarnya James Lee, 34, berkata, perkara tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada dirinya secara peribadi, malah bimbang mengganggu kesihatan mental, fizikal serta kerjayanya.

“Kalau boleh henti kaitkan saya dengan mana-mana pihak atau bangkitkan isu lama lagi sebab tidak bagus untuk kesihatan mental dan fizkal serta kerjaya juga terganggu nanti.

“Sekarang ini saya ingin fokus untuk maju ke hadapan dalam bidang perniagaan, saya anggap ini semua susunan Tuhan, jadi atau tidak itu semua bukan dalam kawalan kita.

“Tak ada falsafah macam sedih atau kesal ke apa sebab ini semua ada proses untuk kita lalui… saya tiada masalah dan terbuka untuk berkawan dengan sesiapa saja selepas ini,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi