suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ali Reza Kavoossi tak kejar publisiti murahan, serik terpalit kontroversi zaman Covid-19

TIDAK mahu populariti diraih menerusi kontroversi, pelakon Ali Reza Kavoossi memberitahu dia lebih selesa dikenali melalui hasil kerja berbanding gosip sensasi.

Ali, 26, berkata dia tidak mahu mencetuskan sesuatu isu dengan sengaja demi meriah publisiti murahan dalam kalangan netizen.

Katanya, dia sendiri pernah melalui kontroversi ketika zaman Covid-19 dan pengalaman itu membuatkan dirinya lebih berhati-hati selepas namanya semakin dikenali.

“Saya faham sangat soal kontroversi ni dan terpulang kepada diri sendiri, apa tujuan nak kontoversi itu sama ada dendam atau nak naikkan diri… Saya hanya mahu kerja jadi bila bab publisiti dan kontroversi agak kurang sikit.

“Saya pernah dilanda kontroversi pada waktu Covid dulu waktu nama belum dikenali sangat, sekarang ini bila nama makin dikenali memang saya amat berjaga-jaga terutama nama, keluarga dan reputasi.

“Industri hiburan ini bukanlah besar sebab apa saja kita lakukan nanti orang lain akan tahu juga, saya cuba jaga sebaik boleh,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, sebelum ini Ali pernah dikatikan menjadi orang ketiga hingga menjadi punca perceraian seorang pelakon wanita dengan suaminya pada tahun 2022.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi