suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Danial Kifli trauma dengan netizen, nekad tak mahu sertai program realiti lagi… Nak elak orang kutuk di media sosial

TRAUMA dengan kecaman netizen membuatkan penyanyi Danial Kifli membuat keputusan untuk tidak lagi mahu menyertai mana-mana program realiti nyanyian selepas ini.

Berkongsi perkara itu, Danial atau nama sebenarnya Muhammad Ariff Danial Kifli, 23, berkata pengalaman menyertai Big Stage memberi kesan kepadanya dan membuatkan dia mahu berehat seketika daripada pertandingan nyanyian.

Menurut Danial, dia mahu kembali fokus kepada kerjaya sebagai artis rakaman selain menghasilkan karya berkualiti untuk peminat.

“Untuk selepas ini rasanya saya mahu kekalkan diri saya macam sebelum ini untuk terus hasilkan lagu berkualiti untuk semua peminat saya.

“Banyak positif serta negatif yang saya alami lepas sertai program Big Stage ni, kalau positifnya lebih dikenali dan negatifnya saya agak struggle sebab saya artis rakaman jadi untuk bersaing dengan peserta lain yang lebih berbakat.

“Buatkan saya agak trauma juga untuk sertai mana-mana program realiti nyanyian, mungkin perlukan masa untuk berehat seketika untuk saya mantapkan ilmu nyanyian sebelum bertanding semula,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi