suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Azhan Rani tak selesa dipanggil ‘Rani’, sudah tegur tapi diketawakan pula... “Pada saya itu agak biadab”

PELAKON Azhan Rani meluahkan rasa kesal dan kurang selesa apabila ada pihak memanggilnya dengan nama ‘Rani’ yang merupakan nama arwah bapanya.

Menurut Azhan atau Azhan Abdul Rani, 50, dia tidak kisah sekiranya ada yang tersilap memanggilnya dengan nama tersebut.

Bagaimanapun, dia menganggap tindakan mentertawakan atau membalas secara sinis selepas ditegur sebagai satu perbuatan yang biadab dan tidak menghormati perasaannya.

“Mungkin karakter saya orang nampak suka bergurau. Tapi ada bahagian yang kita kena hormat, sebagai contoh arwah bapa saya. Mungkin ada yang cakap normal kalau orang panggil first name, tapi kita bukan mat salih.

“Jadi logiknya orang akan panggil nama depan, jarang panggil nama belakang. Macam nama Rosyam Nor, kita tak pernah panggil Nor, kan? Aina Abdul, tak ada pula panggil Abdul.

“Saya tak marah kalau mereka salah, saya masih boleh terima. Tapi bila saya betulkan, ditertawakan dan dibalas secara sinis, pada saya itu agak biadab,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Azhan berkata dia memilih untuk menjauhkan diri daripada individu yang tidak memahami tegurannya, terutama jika perkara tersebut berlaku di media sosial.

Jelasnya, tindakan menyekat atau ‘block’ individu berkenaan merupakan cara terbaik untuk menjaga ketenteraman fikirannya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi