suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Itu video lama” - Rider wanita sedih dituduh sengaja raih simpati guna anak istimewa berulang kali

SEDIH menerima pelbagai tohmahan selepas didakwa cuba meraih simpati dengan berkongsi isu sama berulang kali, wanita dikenali sebagai Azimah Abd Rahim tampil menjelaskan perkara sebenar.

Menurut Azimah, 41, video yang kembali tular di media sosial itu sebenarnya merupakan rakaman lama yang dikongsi semula oleh pihak lain tanpa pengetahuannya.

"Banyak tohmahan saya terima, ada yang kata takkan video ni ulang-ulang lagi.

"Saya kata itu video lama, bukan saya meminta-minta tapi saya bekerja keras. Cuma sekarang telefon dah canggih, jadi mudah untuk sesuatu video itu kembali tular.

"Apapun saya bersyukur ada komen positif dan negatif. Kekuatan saya hanyalah anak dan Tuhan," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Azimah berkata dia tidak pernah berniat meraih simpati orang ramai, sebaliknya hanya berusaha mencari rezeki menerusi titik peluh sendiri demi menyara kehidupan bersama anaknya.

Malah, dia mengakui berasa segan untuk meminta bantuan daripada orang ramai dan hanya menerima bantuan sewajarnya daripada pihak berkenaan.

"Kalau meminta-minta ni saya segan. Alhamdulillah cukup dengan bantuan daripada pihak Zakat.

"Kerja hasil titik peluh sendiri dan ada juga tolong perniagaan rakan," jelasnya.

Sebelum ini, Azimah pernah tular kerana membawa anaknya yang kini berusia 10 tahun bersama ketika bekerja sebagai penghantar makanan.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi