suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Keluar TV bukan lagi keutamaan” - Awal Ashaari selesa belakang tabir, seronok Scha lebih menyerlah

PELAKON dan pengacara, Awal Ashaari mengakui kini lebih selektif menerima tawaran dalam industri hiburan apabila memilih untuk memperlahankan aktiviti seni bagi memberi tumpuan kepada perniagaan.

Menurut Awal, 45, berkata keputusan itu dibuat selepas menyedari bidang hiburan dan perniagaan masing-masing memerlukan komitmen tinggi, selain mahu membina sumber pendapatan yang lebih terjamin untuk masa depan keluarganya.

"Jiwa saya masih dalam dunia hiburan. Saya masih suka mengacara, melakukan hosting dan perkara yang sudah saya buat selama 25 tahun ini, benda itu memang sesuatu yang saya suka dan seronok buat.

"Tetapi sekarang ini fokus saya lebih kepada bidang perniagaan dan apabila kita berniaga dan cuba melakukan sesuatu yang baharu, kita perlu belajar semula dari bawah kena banyak belajar, bertanya dan menuntut ilmu.

"Saya memilih untuk memperlahankan sedikit aktiviti dalam bidang hiburan kerana mahu fokus kepada sesuatu yang boleh bertahan untuk masa depan sebab saya fikir tentang anak-anak," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi