suria

Shermine belum terbuka hati untuk kahwin, harap dapat pasangan macam Syed Saddiq

SELEPAS empat tahun bercerai, personaliti media sosial Shermine Hau Ah Moi memberitahu dia belum terbuka hati untuk menerima mana-mana lelaki dalam hidupnya buat masa ini.

Menurut Shermine atau nama sebenarnya Hau Shi Ni, 35, fokus dan keutamaannya kini hanya untuk membesarkan anak-anaknya dan belum sedia untuk berkahwin lagi.

“Sebenarnya saya bukan takut atau trauma tapi jodoh belum sampai buat masa ini tapi saya memang tidak fikir untuk ada teman istimewa ke sebab fokus dekat anak-anak.

“Kalau ada yang boleh terima saya tapi saya harap boleh juga terima anak-anak saya macam pasangan Bella Astillah dan Syed Saddiq.

“Yang paling penting setia itu saja saya mahukan tak kisah bangsa apa sekali pun,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi