suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Along Jinbara makin pulih namun ingatan dah tak kuat, isteri reda pikul tanggungjawab sejak suami sakit

ADA ujian yang tidak hanya mengubah seorang insan, tetapi kehidupan sebuah keluarga.

Begitulah yang dilalui isteri kepada penyanyi Along Jinbara iaitu Mimi Norfaiza Mohd Idris, apabila suaminya diserang strok pada tahun 2023 dan disahkan menghidap hidrosefalus akibat pengumpulan cecair berlebihan di dalam otak.

Ketika orang lain melihat Along sedang berjuang melawan penyakit, Mimi pula bertarung dengan kesedihan yang sukar untuk digambarkan.

“Along terkena strok tu pada tahun 2023 dan hidrosefalus iaitu cecair berlebihan di otaknya menyebabkan terpaksa dikejarkan ke hospital ketika itu sedangkan kumpulan Jinbara ada persembahan esoknya di Melaka.

“Along jalani pembedahan otak sebanyak 14 kali untuk buang cecair dalam otak dan sekarang ini keadannya sudah pulih cumanya ingatan tidak kuat seperti dahulu… kadang-kadang tidak ingat langsung saya ni.

“Berat sebenarnya nak pikul tanggungjawab ini sebab daripada 2023 hingga sekarang semuanya saya buat sendiri tanpa Along, sampaikan rasa macam nak terjun bangunan akibat tekanan,” katanya kepada mStar.

Untuk segmen mStar Baek musim keempat ini, mStar bersama KPJ Healthcare menziarahi Along untuk bertanya khabar dan menghulurkan sumbangan.

Selain sumbangan wang tunai Rm3,000, Along juga diberikan kad rawatan bagi melayakkannya dan keluarga mendapatkan rawatan percuma di mana-mana Klinik Waqaf An Nur di seluruh Malaysia. 

Program mStar Baek Jalinan Kasih Prihatin ini bersiaran di semua platform mStar setiap hari Jumaat.

TONTON VIDEO PENUH MSTAR BAEK X KPJ INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi