suria

Mas Idayu puji Siti Nurhaliza berani bereksperimen, tak takut cuba benda baharu

PENYANYI dangdut, Mas Idayu memuji keberanian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang tidak takut mencuba sesuatu yang baharu dalam karya muziknya.

Mas Idayu atau mesra disapa Mummy berkata, setiap penyanyi mempunyai cara tersendiri dalam menghasilkan lagu, termasuk dirinya yang lebih selesa membawakan karya mengikut jiwa sendiri.

Menurutnya, pendekatan itu berbeza dengan Siti yang dilihat lebih berani bereksperimen dengan idea baharu dalam setiap penghasilan lagu.

“Kalau Mummy, Mummy suka buat lagu ikut rasa hati. Mummy kena ‘feel’ dulu, barulah orang lain boleh rasa.

“Mummy lebih kepada cita rasa kampung dan jiwa lagu-lagu lama, tapi Tok Ti pula berani cuba sesuatu yang baharu,” katanya kepada mStar.

Mengulas mengenai kritikan netizen terhadap karya artis, Mas Idayu berkata perkara tersebut sudah menjadi lumrah dalam industri hiburan.

Malah katanya, dia sendiri pernah berdepan kecaman, namun memilih untuk tidak melayan komen negatif.

“Mummy pun pernah kena kecam, tapi Mummy jenis dari dulu selalu ‘ignore’. Mummy tak pernah balas dan tak peduli, kadang-kadang Mummy tak baca pun.

“Kita sebagai anak seni kena terima pujian dan kritikan. Kalau tahan, tahanlah… kalau koyak nak balas, silakan,” luahnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi