suria

Wanita dakwa bekas suami curang dengan rakan sekerja, diceraikan empat hari sebelum raya... “Dia tetap nak tunangan orang walaupun saya sedia maafkan”

SEORANG wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Sya meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa rumah tangganya musnah akibat kecurangan bekas suami sehingga diceraikan pada 17 Mac lalu.

Menurut Sya, dia sudah cuba memberikan peluang kedua demi menyelamatkan perkahwinan yang dibina selama lima tahun, namun lelaki itu tetap memilih untuk meneruskan hubungan dengan wanita lain.

“Memang susah untuk diterima. Walaupun saya tahu dia curang, saya masih bagi peluang untuk dia selamatkan perkahwinan ini.

“Tapi dia tak nak dan berkeras untuk bersama dengan perempuan itu.

“Secara jujur, untuk reda memang susah sebab sudah lima tahun kami hidup bersama,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Sya berharap agar bekas suaminya dan wanita yang dipercayai bekerja di syarikat sama dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak majikan.

Dakwanya, hubungan terlarang itu bukan sahaja menjejaskan rumah tangganya, malah turut memberi kesan kepada persekitaran tempat kerja.

“Saya harap pihak syarikat ambil tindakan terhadap mereka berdua kerana perkara ini berlaku dalam kalangan pekerja sendiri.

“Sekurang-kurangnya ada tindakan disiplin supaya perkara seperti ini tidak dipandang ringan,” ujarnya.

Sya juga tidak menolak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua individu terbabit sebagai jalan terakhir menuntut keadilan.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi