suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Sorry, saya tak buat benda ini” - Ali Reza tegas, tolak VIP tawar hidup mewah

PELAKON Ali Reza Kavoossi mendedahkan dia antara individu yang pernah ditawarkan pekerjaan daripada individu bergelar Datuk yang didakwa mempunyai niat lain di sebalik peluang ditawarkan itu.

Ali, 26, berkata, individu terbabit pada awalnya menawarkan peluang biasa seperti sesi fotografi, lakonan dan kerjasama perniagaan sebelum didakwa mengemukakan permintaan berbeza daripada persetujuan asal.

Menurutnya, perkara itu berlaku pada tiga tahun lalu namun yang membuatkannya terkejut apabila individu berkenaan masih cuba mendekatinya sehingga kini.

"Kalau nak ikutkan, memang ada golongan berstatus datuk yang menawarkan peluang kerja. Mereka pandai memujuk. Tetapi akhirnya, niat sebenar mereka lain pula, bagi pelakon baharu yang belum tahu perkara-perkara seperti ini memang wujud dalam industri.

“Alhamdulillah, saya dah empat tahun dalam industri dan kita berjumpa sekali dua untuk perbincangan rasmi. Mereka kata ada urusan perniagaan, sesi fotografi hari raya atau buat produk bersama. Perkara ini dah berlaku sejak dua tiga tahun lepas tetapi tak pernah putus asa kerana sampai sekarang pun masih mencari saya. 

"Golongan ini cuba mendekati secara perlahan-lahan, mula-mula, ajak jumpa dan cakap ada macam-macam peluang. Tetapi apabila tiba masa untuk melaksanakan kerja lain pula perkara yang mereka mahu kita lakukan," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi