suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yuran TikTok melambung, Cikgu Ayu bimbang nasib peniaga tempatan... Terpaksa bersaing produk luar

USAHAWAN dan pempengaruh, Cikgu Ayu berharap kerajaan mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi peniaga tempatan susulan lambakan produk dari luar negara yang dijual pada harga lebih murah.

Menurut Cikgu Ayu atau nama sebenarnya Nor Anis Idayu, 33, kemasukan produk dari China, Thailand dan Indonesia menyebabkan peniaga tempatan berdepan kesukaran untuk bersaing, terutama dari segi harga jualan.

"Saya rasa kerajaan kena buat sesuatu untuk melindungi peniaga tempatan di Malaysia.

"Bila produk dari China, Thailand dan Indonesia masuk tanpa tapisan, mereka ada kilang besar, jadi boleh jual dengan harga lebih murah.

"Manakala peniaga tempatan tak boleh sebab harga modal pun dah mahal," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut mengenai cabaran yang dihadapi, Cikgu Ayu mengakui perubahan kadar yuran platform TikTok memberi kesan besar terhadap keuntungan perniagaannya.

Katanya, jika sebelum ini dia mampu memperoleh keuntungan sekitar RM20 bagi setiap kotak produk yang dijual, jumlah itu kini merosot sehingga hanya RM3 hingga RM5 selepas ditolak yuran dikenakan.

"Sangat terkesan. Awal-awal meniaga dapat untung RM20 satu kotak, sekarang lepas tolak yuran hanya RM5, RM3.

"Kalau dulu jualan saya RM1 juta di TikTok, yuran hanya RM200,000 sahaja. Sekarang jualan sama kena bayar yuran RM400,000 ke RM600,000. Memang 50 peratus perbezaan itu," ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi