suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shahir Zawawi tertekan bersaing dengan juara AF, dah sign kontrak tak boleh tarik diri GV Fantasia

PENYANYI Shahir Zawawi percaya setiap peserta yang bertanding dalam program Gegar Vaganza Fantasia mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri untuk merebut gelaran juara.

Shahir atau Ahmad Shahir Zawawi, 38, mengakui berasa tertekan apabila mengetahui perlu bersaing dengan barisan juara program Akademi Fantasia (AF).

Bagaimanapun, dia tidak mempunyai pilihan selain meneruskan cabaran itu selepas bersetuju dan menandatangani kontrak menyertai pertandingan berkenaan.

"Ini bukan jawapan klise, tetapi saya rasa semua peserta mempunyai vokal dan karakter yang kuat serta kelebihan masing-masing.

"Sebab itu saya sebenarnya agak tertekan apabila menyertai pertandingan ini.

"Tetapi saya sudah tandatangan kontrak, nak buat macam mana? Saya terpaksa hadap dan berikan yang terbaik," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 

 

 

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi