suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] “Ibu bapa saya beri nama dan maksud yang baik” - Ruhainies kesal tiga tahun digelar ‘Ruhanat’

BUKAN sekadar dikecam, pelakon Ruhainies turut berdepan tindakan segelintir netizen yang mengubah namanya kepada gelaran ‘Ruhanat’ sejak tiga tahun lalu.

Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 34, yang terkilan dengan nama panggilan itu berkata, dia tidak mengetahui individu yang mula-mula menggunakan gelaran tersebut sehingga ia diikuti pengguna media sosial lain.

“Mereka (netizen) mengubah nama saya kepada gelaran 'Ruhanat'. Ibu bapa saya memberikan nama yang baik dan mempunyai maksud yang baik.

“Saya belum mengenalpasti siapa yang memulakan dengan gelaran tersebut, tetapi netizen lain terus mengikutnya sehingga kini, sudah tiga tahun berlarutan,” katanya kepada mStar.

Ruhainies terkilan digelar 'Ruhanat'.

Ruhainies berkongsi perkara itu pada sidang media bersama wakil peguam yang diadakan di Cili Kampung, Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, Ruhainies mendakwa ada pihak yang menggunakan namanya sebagai umpan untuk menarik perhatian pengguna media sosial demi meningkatkan interaksi akaun masing-masing.

Malah, aktres berkenaan turut mendakwa taktik itu digunakan bagi tujuan mempromosikan produk atau mendapatkan keuntungan menerusi pautan affiliate.

ARTIKEL BERKAITAN: “Melampau tuduh saya dibela” - Ruhainies cabar pihak dakwa ada hubungan sulit dengan VIP kemuka bukti 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ruhaines rugi jutaan ringgit, hilang tawaran kerja gara-gara fitnah

“Sesetengah pihak menggunakan nama saya sebagai clickbait atau rage bait untuk menaikkan interaksi akaun mereka bagi menjual produk atau pautan affiliate.

“Tolonglah fikirkan kesan terhadap emosi mangsa fitnah dan hormatilah hukum hakam,” ujarnya.

Bagaimanapun, Ruhainies memilih untuk menerima segala dugaan yang berlaku dengan hati terbuka dan percaya setiap ujian mempunyai hikmah tersendiri.

Ibu bapa saya memberikan nama yang baik dan mempunyai maksud yang baik.

RUHAINIES

PELAKON

Pelakon drama Terjerat itu memberitahu, dia bersyukur dengan pelbagai nikmat yang dikurniakan Allah sepanjang kehidupannya dan menganggap pengalaman itu sebagai proses pembelajaran.

“Setiap dugaan ada hikmahnya. Sepanjang 34 tahun hidup, terlalu banyak nikmat yang Allah berikan. Saya redha dengan ujian ini dan menganggapnya sebagai proses pembelajaran hidup.'

“Selepas ujian ini, banyak rezeki dan kehadiran orang-orang baik yang datang dalam hidup saya. Saya tidak mahu mengenangkan perkara lalu dan mahu fokus pada masa depan serta memperbaiki diri,” kongsinya.

Ruhainies mahu meneruskan kehidupan dengan fokus pada kerjaya.

Pada Selasa, Ruhainies memaklumkan sudah melantik dua peguam daripada dua firma guaman berbeza bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga individu yang didakwa menyebarkan fitnah membabitkan dirinya.

Antara dakwaan yang dipertikaikan ialah kononnya dia mempunyai hubungan sulit dengan individu kenamaan.

Menerusi tuntutan itu, ketiga-tiga individu itu diminta membuat permohonan maaf, memberikan akujanji untuk menarik balik atau memadam segala kenyataan berunsur fitnah, menghentikan penyebaran tohmahan serta menanggung kos guaman.

Sekiranya tuntutan itu gagal dipenuhi dalam tempoh tujuh hari, pihak Ruhainies akan menuntut ganti rugi berjumlah RM3 juta.

Artikel Lain