PELAKON Ruhainies meminta individu yang mendakwa dirinya mempunyai hubungan sulit dengan individu kenamaan (VIP) supaya mengemukakan bukti bagi menyokong tuduhan berkenaan.Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 34, berkata dakwaan kononnya dia dibela dan ditaja oleh individu tertentu adalah keterlaluan, apatah lagi dia bekerja keras untuk membina kerjayanya selama ini. "Saya rasa dakwaan itu melampau. Saya kerja keras selama ini tapi senang-senang orang kata saya dibela dan ditaja. Kalau perkara ini benar, mana buktinya."Kalau boleh dibuktikan, saya pun takut nak ambil tindakan. Kalau orang dapat korek macam mana? Saya berani kerana benar. Kalau benar, buktikanlah. Samanlah saya," katanya kepada media.Ruhainies berkongsi perkara itu keitka ditemui media. Ruhainies berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sidang media bersama wakil peguam yang diadakan di Cili Kampung, Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada petang Selasa. Mengulas lanjut, Ruhainies mengakui tidak mengetahui punca sebenar dakwaan berkenaan timbul, malah mempersoalkan bagaimana namanya boleh dikaitkan dengan individu kenamaan.Kata Ruhainies, dia mungkin dapat memahami sekiranya terdapat gambar yang tersebar atau dirinya terserempak dengan individu berkenaan di tempat awam, namun perkara itu tidak pernah berlaku."Dari mana punca pun saya tak tahu. Lainlah kalau ada gambar yang tersebar atau terserempak saya dengan individu itu di luar. Kalau ada, saya akan faham. Bagaimana mulanya tuduhan itu, saya pun tak tahu.ARTIKEL BERKAITAN: Ruhaines rugi jutaan ringgit, hilang tawaran kerja gara-gara fitnahARTIKEL BERKAITAN: [V] Ruhainies tak berdiam diri, tiga individu bakal berdepan saman RM3 juta... Tuntut permohonan maaf secara terbuka!"Bila tanya individu yang buat tuduhan pun mereka tidak tahu. Katanya mereka hanya menulis sahaja. Niat mereka hanya mahu menjatuhkan reputasi dan memburukkan nama saya."Saya tak kata nama saya bersih selama ini. Saya pun ada terpalit kontroversi juga. Walau dah kotor sekali pun, takkan nak kotorkan lagi.Mereka kaitkan saya bukan dengan orang biasa-biasa. VIP pula tu," ujarnya. Tambah pelakon drama Sayang Tak Dikenang itu lagi, dakwaan sedemikian bukan perkara baharu kerana dia sudah lama berdepan situasi sama.Jelasnya, sebelum ini dia pernah menggunakan saluran media untuk menafikan tuduhan berkenaan, namun tindakannya itu seolah-olah tidak dipandang serius oleh pihak yang menyebarkan dakwaan terbabit."Perkara ini sebenarnya bukan baharu dan sudah lama berlarutan. Sebelum ini pun saya pernah berhadapan situasi ini.Ruhainies mahu membersihkan namanya. "Saya cuba menafikan melalui pihak media tapi bila saya berbuat sedemikian, mereka ingat saya main-main. Katanya semua orang boleh menafikan hal tersebut."Kini, sudah tiba masanya untuk saya ambil tindakan undang-undang untuk menunjukkan yang saya serius untuk menegaskan bahawa perkara ini adalah fitnah," katanya. Pada Selasa, Ruhainies memaklumkan sudah melantik dua peguam daripada dua firma guaman berbeza bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga individu yang didakwa menyebarkan fitnah membabitkan dirinya.Kesemua mereka dituntut untuk membuat permohonan maaf, akujanji untuk menarik atau memadam segala kenyataan fitnah, berhenti mengulangi tomahan dan menganggumg kos guaman.Kegagalan berbuat sedemikian dalam tempoh tujuh hari, pihak Ruhainies bakal menuntut ganti rugi bernilai RM3 juta.