PELAKON Eyra Hazali tampil memohon maaf selepas seorang pelanggan meluahkan rasa kecewa mengenai hidangan di gerai shell out miliknya dan suami yang terletak di Seri Alam, Johor.Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 27, mengakui terkejut melihat makanan yang diterima pelanggan itu kerana tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. "Pertama sekali, saya nak minta maaf sangat-sangat atas pengalaman yang mengecewakan ini. Terima kasih kerana berkongsi maklum balas jujur awak.Eyra akan mengkaji semula mengenai SOP makanannya. "Saya sendiri pun agak terkejut tengok saiz hidangan yang awak dapat sebab memang tidak sepatutnya kuantiti kupang terlalu banyak berbanding makanan laut lain."Saya akan periksa dengan pasukan saya untuk tahu apa sebenarnya yang berlaku. Ini memang bukan standard yang kami mahu sediakan kepada pelanggan," katanya melalui satu hantaran balas di Threads miliknya pada Selasa. Dalam masa sama, Eyra turut berterima kasih atas teguran dan aduan yang diberikan dalam usaha menambah baik perniagaannya itu."Sekali lagi, saya benar-benar minta maaf. Terima kasih kerana maklumkan perkara ini kepada saya.ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan menidakkan pengalaman orang” – Eyra Hazali buka mulut isu ‘anak bunian’, kesal wujud fitnah tak benarARTIKEL BERKAITAN: Haziq Nadzli terima banyak DM wanita, Eyra Hazali tahu ‘password’ suami"Saya amat hargainya dan akan pastikan perkara macam ini diberi perhatian supaya tidak berulang lagi," ujarnya.Sebelum ini, seorang pelanggan meluahkan rasa terkilan di media sosial selepas pertama kali mencuba makanan di gerai Haziq Shell Out."Jarang makan 'shell out', setahun sekali makan. Hari ini terasa nak makan dan cubalah makan Haziq Shell Out dekat The J Seri Alam untuk kali pertama. Kita bayangkan kalau tidak banyak, sekurang-kurangnya ada variasiah.Eyra janji untuk selesaikan isu yang berlaku. "Sampai-sampai kupang dengan lala sahaja yang banyak. Ketam seekor kecil, udang dua ekor. Kemudian saya tempah satu lagi perisa buttermilk, sama juga dapat ketam dua, udang dua ekor."Serius saya rasa kecewa. Takkanlah sotong pun tiada, udang pun dua ekor saja," luahnya.