DAKWAAN kononnya terlibat dalam isu cuci duit yang mengaitkan namanya dengan ahli perniagaan, Datuk Ady Kana akhirnya terjawab apabila pelawak Shuib meluahkan rasa lega selepas lelaki itu mengakui tidak mengenalinya.Shuib atau Shahmira Muhamad, 42, berkata kenyataan tersebut membuktikan dia tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Ady, sama ada secara langsung mahupun tidak. "Alhamdulillah, akhirnya inilah bukti mengatakan saya tidak ada apa-apa hubungan dengan Ady Kana sama ada secara langsung atau tidak. Kenyataan Shuib di Instagram mStar. "Mana yang menuduh saya cuci duit atau sebagainya, tanggunglah dosa segala fitnah yang telah pun dilemparkan."Semoga Allah memberkati kita semua," katanya di ruangan komen Instagram @mstarmalaysia.Dalam pada itu, Shuib turut menitipkan doa buat isterinya, Watie Hanifiah agar segala urusannya dipermudahkan di dunia dan akhirat.Pelawak berkenaan juga menyifatkan Watie sebagai seorang isteri yang baik serta sentiasa menjaga maruah suami.ARTIKEL BERKAITAN: Masih tahu halal dan haram, Shuib pelik nama kena petik isu cuci duit... Tak setuju bangsa Melayu pemalas!ARTIKEL BERKAITAN: Watie jawab dakwaan jalin ‘hubungan sulit‘ dengan Shuib ketika Siti Sarah masih hidup"Kepada isteri (Watie), semoga Allah permudahkan urusan kamu dunia akhirat kerana kamu seorang isteri yang baik dan menjaga maruah suami," ujarnya. Pada Isnin, Ady ketika ditemu bual mStar mendedahkan dia tidak pernah berkawan mahupun bertegur sapa dengan Shuib.Menurut Ady, dia hanya mengenali Watie kerana isterinya, Datin Alyaa Syuhaila, merupakan sahabat baik kepada wanita berkenaan.Kenyataan itu sekali gus menjelaskan kedudukan hubungan antara Ady dan Shuib susulan dakwaan yang mengaitkan kedua-dua mereka dengan isu cuci duit sebelum ini.Ady luah rasa kesal terhadap sikap Shuib. Sebelum ini, Ady menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok meluahkan rasa kesal terhadap Shuib yang didakwa memutuskan persahabatan mereka sejak empat tahun lalu.Luahan tersebut mencetuskan perhatian ramai sehingga ada netizen mendakwa ahli perniagaan itu cuba menghangatkan lagi keadaan dengan mengungkit isu membabitkan Shuib.Untuk rekod, pada Oktober 2020, Shuib dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram.