suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aisha Retno tahan sakit, harap kaki pulih sebelum teater PGL

Aisha mengalami kecederaan pada bahagian kaki selepas terjatuh di rumah.

PENYANYI Aisha Retno tetap meneruskan persembahannya di Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT 2026) yang berlangsung pada Ahad, meskipun masih menahan kesakitan akibat kecederaan kaki selepas terjatuh di rumah beberapa hari lalu.

Aisha atau nama penuhnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulizam, 26, berkata kecederaan yang dialaminya tidak serius, namun kesakitan masih dirasai susulan insiden tersebut.

"Kecederaan kaki saya sebenarnya tidak parah. Mungkin cara saya berjalan nampak seperti serius. Saya hanya terjatuh, tetapi mungkin disebabkan tiada masa mencukupi untuk proses pemulihan, keadaan itu menjadi sedikit teruk.

Aisha memenangi kategori Selebriti Viral Terhangat di AMT 2026.

"Bagaimanapun, setakat ini keadaan saya okay dan saya berada dalam jagaan yang baik.

"Saya ada mama, keluarga dan orang sekeliling yang sangat mengambil berat tentang keadaan saya," katanya kepada media.

Dalam pada itu, Aisha menjelaskan kecederaan itu bukan berlaku ketika menjalani latihan pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) 2026, sebaliknya dia terjatuh di rumah sehari sebelum itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno tangguh lancar album hujung tahun, mahu fokus teater PGL dulu... ”Tak mahu jadual bertembung”

ARTIKEL BERKAITAN: Asyik nyanyi Jodoh Lebaran, Aisha Retno bukan saja-saja buat persembahan lagu sama

Kongsinya lagi, kesakitan pada bahagian kaki berkenaan masih dirasai ketika dia menjayakan persembahan pada malam kemuncak AMT 2026.

"Bukan terjatuh ketika latihan, sebaliknya kesakitan itu lebih terasa semasa latihan. Saya terjatuh sehari sebelum itu di rumah.

"Tadi pun ketika membuat persembahan, saya masih terasa sakit,” ujarnya.

Aisha berharap proses pemulihan kecederaan pada kakinya berjalan lancar.

Mengulas persiapannya untuk pementasan PGLM, Aisha berharap kecederaan itu dapat pulih sepenuhnya dalam tempoh dua minggu bagi membolehkannya kembali beraksi di pentas seperti dirancang.

"Untuk pementasan PGL, jika dipermudahkan saya masih ada dua minggu untuk tempoh pemulihan. Insya-Allah sempat," katanya.

Sebelum ini, Aisha menjadi perhatian pada malam kemuncak AMT 2026 apabila dilihat berjalan terencot-encot dan sukar menaiki tangga selepas diumumkan memenangi kategori Selebriti Viral Terhangat.

 

 

 

Artikel Lain