suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Asyik nyanyi Jodoh Lebaran, Aisha Retno bukan saja-saja buat persembahan lagu sama

Aisha jawab soalan netizen yang mempersoalkan lagu nyanyiannya.

PENYANYI Aisha Retno tampil membalas komen segelintir netizen yang meluahkan rasa bosan kononnya dia sering menyanyikan lagu Jodoh Lebaran semasa membuat persembahan.

Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, menegaskan pemilihan lagu berkenaan dinyanyikan di pentas program Borneo Rising pada Ahad adalah atas persetujuan pihak produksi bagi memenuhi tema mingguan iaitu Plot Twist.

Jelas Aisha, sebagai artis jemputan dia berperanan untuk memberi gambaran awal dan membuka tirai kepada tema yang perlu diikut oleh peserta.

Respons balas Aisha di Threads.

“Disebabkan anda meminta pencerahan, saya berikan perhatian yang anda perlukan dengan nada cubaan penuh kesusilaan untuk anda.

“Jikalau nyanyi lagu Tak Adil, lagu itu sudah pernah dinyanyikan Petrova. Kalau nyanyi lagu-lagu dalam album saya pula, ianya tidak menyatu dengan tema yang produksi sediakan iaitu 'Plot Twist'.

“Oleh itu, lagu Jodoh Lebaran dipilih untuk saya diberikan tugasan plot-twist kan lagu berkenaan,” katanya melalui satu hantaran di Threads pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno tangguh lancar album hujung tahun, mahu fokus teater PGL dulu... ”Tak mahu jadual bertembung”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kecaman tanpa henti, Aisha Retno kini berkurung untuk muhasabah diri

Mengulas lanjut, Aisha berkata dia mengambil inisiatif menulis semula lirik serta mengubah susunan muzik lagu berkenaan agar bersesuaian dengan tema persembahan.

“Ketahuilah bahawa tugas saya sebagai artis jemputan adalah untuk memberi pengenalan kepada tema yang harus dibawakan oleh peserta.

Aisha hanya mengikut tema yang ditetapkan produksi. 

“Atas persetujuan produksi, Aisha mem-'plot-twist'-kan lagu sendiri daripada Jodoh Lebaran menjadi Jodoh Sumandak dengan membuat lirik serta susunan muzik sendiri berbentuk 'swing jazz'.

“Telusnya lagi saya merubah liriknya, okey? Jelas? Usahlah berandai-andai lagi,” ujarnya.

Artikel Lain